Sunday, September 5, 2010

UPLOAD TERKINI - 05/09/2010

Bahan-bahan yang telah dimuat naik sehingga 05/09/2010

  • Draf Penyediaan Dokumen - bagi pelajar yang tidak hadir minggu lepas.
  • Template Dokumen Sumber - untuk pelajar 'copy and paste'
  • Contoh Format Dokumen yang perlu dihantar - sebagai panduan dan contoh dokumen yangtelah siap dibuat dan bagaimana dokumen-dokumen itu perlu disusun sebelum dihantar kepada saya.
  • Untuk muat turun bahan-bahan tersebut, sila klik di sini.

Minggu hadapan - JURNAL DAN BUKU TUNAI

  • Sila siapkan dokumen pada minggu ini supaya anda boleh teruskan dengan jurnal dan buku tunai pada minggu hadapan.

16 comments:

  1. cikgu.. di bahagian bil.tunai-belian tunai, tandatangan siapa dan apa yang perlu ditulis dlm kurungan di bawah itu??? terima kasih

    ReplyDelete
  2. Bagi bil tunai - belian tunai, tanda tangan pembekal dan nama pembekal (nama orang bukan nama perniagaan.)

    ReplyDelete
  3. cikgu kalau guna komisen diberi dan diskaun diberi dalam keratan cek....penerima kena tulis apa????

    ReplyDelete
  4. cikgu kalau guna komisen dan diskaun diberi dalam keratan cek....penerima kena tulis apa????

    ReplyDelete
  5. cikgu dalam perancangan urusniaga saya no akaun saya ade 14 digit tapi dalam slip wang masuk hanya ade 12...jadi ape nak buat sekarang cikgu...

    ReplyDelete
  6. Diskaun tidak pakai keratan cek. Tukar nama belanja lain. Contoh: Sewa, alat tulis, insurans dll. JANGAN ADA DISKAUN DIBERI!

    Bagi komisen - penerima tulis nama. Contoh: En. Ali, Cik Aminah, Perniagaan XYZ.

    ReplyDelete
  7. Buang dua digit. Nanti tukar dalam profail.
    Masalah kecil saja.. Ada soalan lagi?

    ReplyDelete
  8. Harsini
    cikgu,bila kena hantar dokumen ini,jumaat atau isnin depan?

    ReplyDelete
  9. Maaf lambat reply. Hantar hari Isnin (20/09/2010). Tetapi saya akan kutip di kelas. Tidak perlu cari saya di bilik guru.

    ReplyDelete
  10. cikgu..bila nak post nie...tak sabar nak buat...bolehlah ponteng sehari nak belajar kat rumah..hehehehehehehhehehe

    ReplyDelete
  11. BERANI AWAK MAHU PONTENG?!! NANTI SAYA BUAT SPOTCHECK DI RUMAH AWAK BARU TAHU!!

    Jurnal, Buku Tunai dan Kad Stok masih dalam proses sebab ada beberapa masalah teknikal dengan pelajar kelas lain..

    Saya akan upload kemudian...

    ReplyDelete
  12. okie cikgu..tapi nak ponteng belajar kat rumah dgn alasan nak buat folio..kejab buat pfolio...kejap main game..kejab check facebok..fantastic kan...

    ReplyDelete
  13. Awk sedar tak awak tulis semua ini semua orang boleh baca? Kalau awak kena tindakan disiplin, bukan salah saya!

    JANGAN PONTENG SEKOLAH!! INI AMARAN!
    Di sekolah pun boleh buat folio. Jangan jadikan folio sebagai alasan!

    ReplyDelete
  14. cikgu nie semua main main je cikgu...

    ReplyDelete