Tuesday, May 31, 2011

MODUL PROJEK PRINSIP PERAKAUNAN TINGKATAN 5: KENAPA MUNCUL #####?



Ramai pelajar yang bertanya kepada saya melalui blog, chat atau datang terus berjumpa dengan saya mengenai #####.


Kenapa muncul ####? Di dalam Microsoft Excel #### akan muncul apabila ruangan column tidak mencukupi bagi memaparkan data. Mungkin nombor anda terlalu besar hingga column yang disediakan tidak mencukupi.


1. Untuk mengatasinya, sila bawa kursor anda kepada garisan antara dua column tersebut. (Rujuk gambar)

2. Double-click pada garisan terebut, dan nombor anda akan muncul.




Harap penerangan ini dapat membantu.

No comments:

Post a Comment