Wednesday, September 28, 2011

PROJEK PRINSIP PERAKAUNAN TING. 4 (2011) - KAD STOK, JURNAL, LEJAR, IMBANGAN DUGA, PENYATA PENDAPATAN DAN KUNCI KIRA-KIRA

Sekarang, kita tiba pada bahagian yang terakhir bagi tugasan ini. Seperti yang telah saya beritahu di dalam kelas, anda perlu melengkapkan kad stok dan semua catatan perakaunan akan dijana secara automatik

Untuk muat turun bahan, sila klik di sini.

Sila pastikan anda lengkapkan dengan data-data berikut:
1. Nama perniagaan anda
2. Tarikh akhir bulan

Nilai stok akhir akan dikira secara automatik.

Sekiranya anda kesilapan, sila betulkan pada jadual di dalam worksheet 'DATA' sahaja. JANGAN UBAH APA-APA PADA JURNAL, LEJAR, IMBANGAN DUGA, PENYATA PENDAPATAN ATAU KUNCI KIRA-KIRA. Pengiraan telah dilakukan secara automatik.

SEMOGA BERJAYA!!!

Tarikh akhir hantar : 7 OKTOBER 2011

Friday, September 16, 2011

PROJEK PRINSIP PERAKAUNAN TING. 4 (2011) - DOKUMEN (TERKINI)

Saya minta maaf kerana lambat mengemaskini blog ini. Ini disebabkan keadaan kesihatan saya tidak begitu baik minggu ini. Di sini saya akan letakkan pautan bagi template dokumen untuk pelajar kumpulan 1 hingga 5.

Untuk muat turun, template dokumen terkini, sila klik di sini

Bagi kumpulan 1,3 dan 5 - perlu lengkapkan muka surut 'Memulakan Perniagaan'
Bagi kumpulan 4 - lengkapkan muka surat 'Memulakan Perniagaan' dan 'Nota Debit - Angkutan Masuk'
Bagi kumpulan 5 - lengkapkan muka surat 'Memulakan Perniagaan' dan 'Nota Debit - Upah atas Belian'

Sekiranya ada masalah, sila hubungi saya. Saya akan cuba membantu.

SELAMAT HARI MALAYSIA!

Saturday, September 10, 2011

BAHAN LADAP 3

SP Chart - dibentangkan oleh En. Mohd. Alawi Abd. Samad

Untuk muat turun, sila klik di sini

PROJEK PRINSIP PERAKAUNAN TING. 4 (2011) - DOKUMEN

Seperti yang telah saya taklimatkan pada hari Jumaat lepas (09/09/2011), ini adalah dokumen yang perlu anda lengkapkan.

Untuk muat turun, sila klik di sini

Nota:
Bagi bahagian 'Mula Perniagaan' --> semua kumpulan perlu lengkapkan memo dan slip wang masuk.

Sekiranya ada masalah, sila hantar mesej di facebook, email atau tinggalkan komen di blog ini.

Tarikh hantar: 16 September 2011

Monday, September 5, 2011

PROJEK PRINSIP PERAKAUNAN TING. 4 (2011) - PERANCANGAN URUS NIAGA

Minggu ini, anda perlu menghantar perancangan urus niaga bagi tugasan projek anda.

Bagi Kumpulan 1 --> sila klik di sini
Bagi Kumpulan 2 --> sila klik di sini
Bagi Kumpulan 3 --> sila klik di sini
Bagi Kumpulan 4 --> sila klik di sini
Bagi Kumpulan 5 --> sila klik di sini

Pastikan anda memuat turun fail yang betul sebelum anda memulakan tugasan.

Semoga berjaya.

Tarikh hantar: 9 September 2011