Wednesday, August 31, 2011

UPDATE - PENGENALAN DAN PROFIL (31/08/2011)

Jika anda sudah muat turun borang profil perniagaan dan sedang membuatnya, anda akan dapati terdapat 2 baris untuk 'Jenis Perniagaan'. Sebenarnya itu adalah kesilapan taip sewaktu saya menyediakan borang tersebut.

Untuk mendapatkan borang yang telah dibetulkan --> sila klik di sini.

Jenis perniagaan - taipkan Milikan Tunggal
Tempoh perakaunan - taipkan 1 Januari 2011 hingga 31 Disember 2011
Tempoh rekod - taipkan mengikut bulan pilihan anda. Contoh: 1 - 31 Ogos 2011, 1 - 28 Februari 2011
Modal perniagaan - taipkan Wang tunai RM80 000 dan Kenderaan RM55 000
Jumlah pekerja - 2 orang

SALAM MERDEKA!! Dan teruskan usaha anda!!

P/s: Terima kasih kepada Chang Yee Mun kerana bertanya mengenai hal ini.

Sunday, August 28, 2011

PROJEK PRINSIP PERAKAUNAN TING. 4 (2011) - PENGENALAN DAN PROFIL

Memandangkan masa yang tidak mencukupi sewaktu saya memberi penerangan mengenai tugasan ini, saya bercadang supaya pelajar-pelajar saya hanya perlu hantar Pengenalan dan Profil sahaja selepas cuti sekolah. Sila klik pada pautan di bawah bagi muat turun fail 'Pengenalan dan Profil'.

P/s: Perancangan Urus niaga kita akan sambung perbincangan di kelas selepas cuti sekolah.

Pengenalan dan Profil --> klik di sini.

Tarikh hantar Pengenalan dan Profil : 5 September 2011 (Isnin)

Friday, August 26, 2011

LATIHAN TAMBAHAN 1 2011

Seperti yang telah dijanjikan, sekiranya markah anda rendah di dalam ujian bulan Ogos, anda akan menerima latihan tambahan. Sila muat turun latihan di bawah.

Muat turun latihan : Klik di sini.

Tarikh hantar: Isnin (05/09/2011)

P/s: Gagal hantar - akan merima akibat yang buruk... Muahahahaha...