Tuesday, May 31, 2011

MODUL TUGASAN PROJEK PRINSIP PERAKAUNAN TINGKATAN 5: BELANJAWAN TUNAI

Masih lagi terdapat pelajar yang tidak pasti bagaimana hendak menyiapkan belanjawan tunai walaupun taklimat telah diberikan. (Apa yang awak buat sewaktu saya beri taklimat? Tidur?)

Sila baca manual yang telah dibekalkan kepada anda.

Anda hanya perlu isi perkara-perkara berikut:

1. Modal - 2011 - RM60000
2. Jualan tunai - 2011 hingga 2014 - apa jua nombor
3. Penghutang - 2011 hingga 2014 - apa jua nombor
4. Belian tunai - 2011 hingga 2014 - apa jua nombor
5. Pemmiutang - 2011 hingga 2014 - apa jua nombor
6. Gaji - tidak perlu isi - pengiraan secara automatik
7. Belanja peningkatan keupayaan komputer - tidak perlu isi - pengiraan secara automoatik
8. Deposit lori - 2012 - tidak perlu isi - pengiraan automatik (sekiranya tiada nombor yang muncul, anda perlu kira 10% daripada harga kos lori.)
9. Ansuran tahunan lori - tidak perlu isi - pengiraan automatik

Pada ruangan nota di bawah belanjawan tunai, anda perlu isi
1. Anggaran harga kos lori
2. Peratus kenaikan gaji pekerja

Pengiraan baki h/b akan dijana secara automatik dan saya harap tiada masalah pengiraan. Sekiranya masih ada masalah, sila hubungi saya. Terima kasih.

MODUL PROJEK PRINSIP PERAKAUNAN TINGKATAN 5: KENAPA MUNCUL #####?



Ramai pelajar yang bertanya kepada saya melalui blog, chat atau datang terus berjumpa dengan saya mengenai #####.


Kenapa muncul ####? Di dalam Microsoft Excel #### akan muncul apabila ruangan column tidak mencukupi bagi memaparkan data. Mungkin nombor anda terlalu besar hingga column yang disediakan tidak mencukupi.


1. Untuk mengatasinya, sila bawa kursor anda kepada garisan antara dua column tersebut. (Rujuk gambar)

2. Double-click pada garisan terebut, dan nombor anda akan muncul.




Harap penerangan ini dapat membantu.

Saturday, May 28, 2011

UPDATE 2: MODUL TUGASAN

Updater Terkini (28/05/2011)

Template bagi AKAUN KAWALAN PEMIUTANG mempunyai dua baki b/b (awal) pada sebelah debit dan kredit. Baki b/b (awal) sebenarnya berada di sebelah kredit. Untuk download tempate terkini, yang telah membetulkan kesilapan pada template Akaun Kawalan Pemiutang, sila klik di sini.

P/s: Terima kasih pada Thiwya kerana memberitahu saya mengenai kesilapan ini.

Terima kasih.

Wednesday, May 25, 2011

UPDATE - MODUL TUGASAN PROJEK

Modul yang telah dimuat naik di dalam blog saya mempunyai sedikit kesalahan pengiraan di dalam Belanjawan Tunai. Masalah itu telah dapat diatasi dengan modul versi 2.0. Sila muat turun dengan klik di sini.

PERINGATAN:
Walaupun Penyata Pendapatan dan Kunci Kira-Kira telah dijana secara automatik, anda masih perlu menukar:
1. Nama perniagaan anda. Contoh: Perniagaan Chegu Zahran
2. Hasil Terakru. Contoh: Taipkan Promosi Terakru pada ruangan Belanja Terakru 1
3. Belanja Terdahulu
4. Hasil Terakru

P/s: Sekiranya anda dapat mengesan beberapa lagi kesilapan, sila hubungi saya secepat mungkin.

Wednesday, May 18, 2011

MODUL TUGASAN PROJEK PRINSIP PERAKAUNAN TINGKATAN 5 2011

Di sini saya telah menyediakan satu modul bagi memudahkan anda membuat tugasan. Sila klik pada senarai di bawah bagi muat turun modul tersebut.

Pengenalan dan Profil --> klik di sini
Modul Projek Prinsip Perakaunan Tingkatan 5 --> klik di sini
Tafsiran Nisbah --> klik di sini
Cadangan dan Rumusan --> klik di sini

Bagi memudahkan anda menggunakan modul tersebut, sila rujuk manual yang telah saya edarkan di dalam kelas.

P/s: Modul ini memerlukan password. Buat sementara ini, hanya pelajar SMK Buntong, Ipoh sahaja yang dibekalkan dengan password.

Selamat berjuang!! Hahahahaha!