Wednesday, September 29, 2010

LATEST UPDATE!

LATEST UPDATE mengenai Imbangan Duga, Penyata Pendapatan dan Kunci Kira-Kira.

Imbangan Duga, Penyata Pendapatan dan Kunci Kira-Kira versi 2.0 telah saya muat naik.
Ini adalah versi terbaru setelah membuat pembetulan pengiraan dan formula.

JANGAN GUNA VERSI LAMA kerana terdapat beberapa kesalahan formula.

Dapatkan versi terbaru, di sini.

Tuesday, September 28, 2010

IMBANGAN DUGA, PENYATA PENDAPATAN DAN KUNCI KIRA-KIRA

Imbangan Duga, Penyata Pendapatan dan Kunci Kira-Kira boleh dimuat turun.
Sila klik di sini.

Untuk melihat senarai muat turun bahan, klik di sini.

Tarikh hantar: Sebelum 7 hb. Oktober 2010

Wednesday, September 22, 2010

JURNAL, BUKU TUNAI DAN KAD STOK

Jurnal, Buku Tunai dan Kad Stok boleh dimuat turun sekarang.

Bagi muat turun:

Bagi melihat senarai bahan yang boleh dimuat turun, sila klik di sini.

Sila lengkapkan dan hantar pada minggu hadapan. (27/09/2010)

Sunday, September 5, 2010

UPLOAD TERKINI - 05/09/2010

Bahan-bahan yang telah dimuat naik sehingga 05/09/2010

  • Draf Penyediaan Dokumen - bagi pelajar yang tidak hadir minggu lepas.
  • Template Dokumen Sumber - untuk pelajar 'copy and paste'
  • Contoh Format Dokumen yang perlu dihantar - sebagai panduan dan contoh dokumen yangtelah siap dibuat dan bagaimana dokumen-dokumen itu perlu disusun sebelum dihantar kepada saya.
  • Untuk muat turun bahan-bahan tersebut, sila klik di sini.

Minggu hadapan - JURNAL DAN BUKU TUNAI

  • Sila siapkan dokumen pada minggu ini supaya anda boleh teruskan dengan jurnal dan buku tunai pada minggu hadapan.

Saturday, September 4, 2010

DOKUMEN SUMBER

Penerangan mengenai bagaiman hendak buat dokumen sumber perniagaan anda telah saya berikan dalam minggu ini. Jadi, tugasan anda sepanjang cuti dua minggu ini ialah menyiapkan semua dokumen tersebut untuk dihantar pada 20 September 2010 (Isnin). Kegagalan anda berbuat demikian aklan diberi surat amaran kerana tidak mematuhi arahan.

1) Template dokumen sumber boleh dimuat turun di sini. (Terima kasih Cikgu Azlan).
2) Contoh dokumen yang perlu dihantar boleh dimuat turun di sini. (Ini adalah panduan sahaja. Anda perlu menambah bilangan dokumen berdasarkan perancangan urus niaga yang telah anda buat.)
3) Draf Penyediaan Dokumen voleh dimuat turun di sini. (Ini untuk pelajar yang tidak hadir minggu lepas semasa perbincangan penyediaan dokumen. Harap draf ini boleh membantu.)

Selamat bercuti dan BUAT KERJA SAMPAI SIAP!!!!!

p/s: Buat sekarang, minggu depan buat jurnal dan buku tunai pula!

Wednesday, September 1, 2010

TOLONG, CIKGU!!!!

Perlukan bantuan? Takut lambat hantar? (Kalau lambat hantar, nama anda akan dipanggil di perhimpunan pagi untuk berjumpa dengan pengetua.. Hahahaha...)

Memandangkan kita akan bercuti selama hampir 2 minggu, saya telah fikirkan cara untuk kita berkomunikasi sepanjang cuti tersebut. Sekiranya anda ada pertanyaan atau perlukan bantuan mengenai tugasan anda, anda boleh menghubungi saya dengan cara-cara berikut:

1) Hantar e-mel : cheguzahran@yahoo.com
2) Chat atau tinggalkan mesej pada facebook : chegu zahran
3) Chat melalui ym atau msn : yahoo id saya : cheguzahran
4) Cara paling mudah, tinggalkan sahaja comment di bawah.. (Tahu kan cara nak tinggalkan coment?)

Insya-Allah, saya akan bantu dengan kadar yang cepat dan sehingga awak faham (sekadar yang saya mampu.. Ingat cuti hari raya.. Saya pun nak berhari raya juga..)

Selamat membuat tugasan anda dan semoga berjaya!